Tuesday, August 2, 2011

Menyingkap Sejarah Kampung Labok, Machang, Kelantan

Sebagaimana juga Kampung Lundang Paku, Pasir Mas yang mana jaraknya adalah 25 km, Kampung Labok, Machang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sukar untuk diselongkarkan mengapa penduduk kedud-dua kampung ini sering mengunjungi antara satu sama lain pada masa itu.

Mengikut cerita seorang Ahli Fukanah keturunan Minangkabau telah berhijrah ke Lundang Paku. Beliau dikenali sebagai Hj Abdullah Fakeh.Semasa hayatnya meurupakan seorang pendakwah bebas. Beliau mempunyai seorang anak bernama Hj Abdul Kadir.

Di Kampung Labok, Hj Wonik atau lebih dikenali sebagai Datok Labok sering berhubungan dengan Hj ABdullah Fakeh dan berbincang mengenai hal-hal agama. Hasil dari urusan bersama ini Hj Wonik dikatakan tertarik dengan Hj Abdul Kadir anak kepada Hj Abdullah Fakeh dan berhasrat untuk menjodohkannya dengan peuteri beliau bernama Halimah.

Setelah berkahwin, Hj Abdul Kadir telah berpindah dan menetap di Kampung Labok, Machang, Kelantan. Antara anak-anak beliau dengan Halimah, ialah Hj Abdul Majid.

Setelah dewas dan tiba masanya untuk mencari jodoh, keluarga Hj Abdul Majid bercadang untuk menjodohkan beliau dengan gadis dari Lundang Paku. Gadis pilihan itu ialah puteri kepada Penghulu Mohd Amin dan Halimah, iaitu Aminah (Cucu kepada Hj Jalaludin bin Sutan Amir Kaharudin). Dengan itu maka bermulalah titik permulaan salsilah keuturnan Rao di Kampung Labok.

Hj Abd Majid bin Hj Kadir kemudiannya membawa isterinya Che Minah bt Mat Amin dari Kg Chetok untuk tinggal di kalangan keluarganya di Kg Labok.

Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan enam orang anak yaitu Hj Noh, Hj Ismail @ Hj Ismail Pontianak, Hjh Esah, Hj Salleh, Kob, Hjh Che Mas. Dengan isteri keduanya Hjh Kalsom, Hj Abd Majid mempunyai empat orang anak, Hjh Fatimah, Hj Abdullah, Hj Abd Shukor, Pak Su Hj Sulaiman.

Generasi RAO ke 4 di Kampong Labok adalah melalui anak-anak Che Minah bt Mat Amin.

Bermulanya keturunan RAO di Kg Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Memangnya tiada sebarang tarikh yang dicatatkan bilakah Sutan Amir Kaharudin Budiman yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera berhijrah ke Negeri Kelantan, namun apa yang diceritakan tempat yang dipilih oleh beliau untuk singgah ialah Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Di kampung Chetok inilah bermulanya detik salsilah keturunan orang-orang Rao di Negeri Kelantan.

Sebagaimana yang diceritakan beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Hj Jalaludin dari hasil perkahwinannya dengan seorang gadis tempatan. Hj Jalaludin dikatakan telah berhijrah ke Pahang dan menetap di Raub. Di sana beliau bertemu jodoh dengan cicit kepada Datuk Kaya Ibrahim, Orang Besar Lipis bernama Aminah. Dari perkahwinan tersebut beliau dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Semuanya perempuan, Che Jeleha, Siti Hajar, Halimah dan Siti Khadijah. Dengan itu bermulalah generasi orang-orang Rao di Negeri Pahang. Antaranya ialah YM Tengku Hj Puji bin Tengku Abdul Hamid dan YM Tengku Hj Mustapha bin Tengku Hj Seti (Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Pahang).

Di kampung Chetok, Pasir Mas Hj Jalaludin memang mempunyai ramai generasinya. Salah seorang anak perempuannya bernama Halimah telah berkahwin dengan seorang kenamaan tempatan iaitu Penghulu Mat Amin. Dari perkahwinan ini lahirlah seorang puteri keturunan Rao bernama Aminah.