Tuesday, August 2, 2011

Menyingkap Sejarah Kampung Labok, Machang, Kelantan

Sebagaimana juga Kampung Lundang Paku, Pasir Mas yang mana jaraknya adalah 25 km, Kampung Labok, Machang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sukar untuk diselongkarkan mengapa penduduk kedud-dua kampung ini sering mengunjungi antara satu sama lain pada masa itu.

Mengikut cerita seorang Ahli Fukanah keturunan Minangkabau telah berhijrah ke Lundang Paku. Beliau dikenali sebagai Hj Abdullah Fakeh.Semasa hayatnya meurupakan seorang pendakwah bebas. Beliau mempunyai seorang anak bernama Hj Abdul Kadir.

Di Kampung Labok, Hj Wonik atau lebih dikenali sebagai Datok Labok sering berhubungan dengan Hj ABdullah Fakeh dan berbincang mengenai hal-hal agama. Hasil dari urusan bersama ini Hj Wonik dikatakan tertarik dengan Hj Abdul Kadir anak kepada Hj Abdullah Fakeh dan berhasrat untuk menjodohkannya dengan peuteri beliau bernama Halimah.

Setelah berkahwin, Hj Abdul Kadir telah berpindah dan menetap di Kampung Labok, Machang, Kelantan. Antara anak-anak beliau dengan Halimah, ialah Hj Abdul Majid.

Setelah dewas dan tiba masanya untuk mencari jodoh, keluarga Hj Abdul Majid bercadang untuk menjodohkan beliau dengan gadis dari Lundang Paku. Gadis pilihan itu ialah puteri kepada Penghulu Mohd Amin dan Halimah, iaitu Aminah (Cucu kepada Hj Jalaludin bin Sutan Amir Kaharudin). Dengan itu maka bermulalah titik permulaan salsilah keuturnan Rao di Kampung Labok.

Hj Abd Majid bin Hj Kadir kemudiannya membawa isterinya Che Minah bt Mat Amin dari Kg Chetok untuk tinggal di kalangan keluarganya di Kg Labok.

Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan enam orang anak yaitu Hj Noh, Hj Ismail @ Hj Ismail Pontianak, Hjh Esah, Hj Salleh, Kob, Hjh Che Mas. Dengan isteri keduanya Hjh Kalsom, Hj Abd Majid mempunyai empat orang anak, Hjh Fatimah, Hj Abdullah, Hj Abd Shukor, Pak Su Hj Sulaiman.

Generasi RAO ke 4 di Kampong Labok adalah melalui anak-anak Che Minah bt Mat Amin.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. ada lg smbgn kisah ini?

    ReplyDelete
  2. My moyang's sister in law---
    https://www.geni.com/people/Che-Minah-binti-Mat-Min-Amin/6000000001160319736

    ReplyDelete