Memangnya tiada sebarang tarikh yang dicatatkan bilakah Sutan Amir Kaharudin Budiman yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera berhijrah ke Negeri Kelantan, namun apa yang diceritakan tempat yang dipilih oleh beliau untuk singgah ialah Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Di kampung Chetok inilah bermulanya detik salsilah keturunan orang-orang Rao di Negeri Kelantan.
Sebagaimana yang diceritakan beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Hj Jalaludin dari hasil perkahwinannya dengan seorang gadis tempatan. Hj Jalaludin dikatakan telah berhijrah ke Pahang dan menetap di Raub. Di sana beliau bertemu jodoh dengan cicit kepada Datuk Kaya Ibrahim, Orang Besar Lipis bernama Aminah. Dari perkahwinan tersebut beliau dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Semuanya perempuan, Che Jeleha, Siti Hajar, Halimah dan Siti Khadijah. Dengan itu bermulalah generasi orang-orang Rao di Negeri Pahang. Antaranya ialah YM Tengku Hj Puji bin Tengku Abdul Hamid dan YM Tengku Hj Mustapha bin Tengku Hj Seti (Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Pahang).
Di kampung Chetok, Pasir Mas Hj Jalaludin memang mempunyai ramai generasinya. Salah seorang anak perempuannya bernama Halimah telah berkahwin dengan seorang kenamaan tempatan iaitu Penghulu Mat Amin. Dari perkahwinan ini lahirlah seorang puteri keturunan Rao bernama Aminah.
Salam tuan,sy tertarik dgn crita keturunan Rao di chetok.(sy berasal dari kg chekok chetok).
ReplyDeletebolehkah sy tahu tahun berapa sutan amin kaharuddin datang ke chetok?
dan adakah chetok dekat cabang 3(caltex)?
atau kg chekok dekat sg keladi(selepas bukit panau)?
salam saya nak tahu dimana melayu rao ini tinggal ade alamat mereka tak?
ReplyDeleteyg di pasir mas ni